Hilang Pekerjaan? Bab 2

Antara aset yang paling bernilai pada sesiapa yang masih mencari rezeki ialah kesihatan. Apatah lagi orang yang telah hilang pekerjaan. Ia menjadi aset yang sangat sangat penting.

Mengapa? Sebab kebanyakannya bakal majikan hanya akan mengambil orang yang badannya sihat dan akalnya pun sihat. Jika kita ingin memulakan kerja sendiri atau niaga kecilan atau berkebunpun, memerlukan badan dan akal yang sihat. Jika tidak sihat, apapun jadi cabaran. Nak tulis resume baru pun perlu kesihatan. Tak jadi apa kalau tak sihat.

Kesihatan bukan sekadar badan sahaja. Akal dan emosi pun perlu sihat.

Untuk orang yang baru saja hilang pekerjaan, mungkin fikiran jadi cemas atau kucar kacir. Kesannya emosi jadi tak berapa stabil. Contoh emosi tak stabil :

  • fikiran negatif
  • mudah marah
  • mudah merajuk
  • mudah murung

Kesan buruk dari 4 emosi sebegitu boleh nampak jelas pada wajah, pada kata-kata, pada tindakan kita dan body language. Tak boleh sembunyi atau temberang. Lantas kalau pergi interviu atau buat marketing, macam tulah yang kita pertonton dan perkata pada orang. Orang tengokpun tak suka. Tuhan pun larang 4 emosi itu. Sempit rezeki jadinya dari emosi yang tak stabil.

Menjaga kesihatan badan, akal dan emosi

Ramai yang dah tau macamana nak jaga kesihatan badan. Saya senaraikan sekali lagi yang paling mudah :

  • Bersenam ringan sekurang-kurangnya 15 minit sehingga 30 minit.
  • Berjalan-jalan bingkas sekurang-kurangnya 15 minit ke 30 minit
  • Tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7 jam
  • Tidur awal dan bangun awal
  • Makan makanan yang berserat seperti sayor
  • Makan makanan yang berprotein seperti daging, ayam dan telur
  • Makan makanan yang berlemak tinggi seperti mentega susu, keju, tairu, minyak zaitun, minyak kelapa dara, santan, sup daging, sup tulang, ikan sardin, ikan tongkol.
  • Elakkan makanan/minuman kandungan gula tinggi, tepung tinggi dan bersoya – jus buah-buahan, minuman bergula, roti canai, roti putih, kek, biskut, kueh, manisan
  • Kurangkan makan nasi

Kelebihan senaman ringan ada banyak. Terutama di sebelah pagi :

  • Menyenangkan hati dan membaiki mood
  • Melegakan tekanan pada fikiran
  • Mengurangkan gula berlebihan dalam darah
  • Menyihat dan menyegarkan kulit ( awet muda )
  • Mengurangkan berat badan
  • Mempertingkatkan tenaga
  • Menyihatkan otot dan tulang
  • Memperkuat ingatan (memory)

Jika dilihat di atas, senaman juga mampu memperbaiki emosi. Selain daripada itu, emosi boleh diurus dan dilegakan dengan tabiat berikut :

  • tidur yang cukup
  • makanan berzat
  • latihan pernafasan ( nanti saya kongsi )
  • mempunyai misi dan matlamat hidup (halatuju)
  • bersedekah dan memberi hadiah
  • melayan binatang peliharaan
  • mendapat panduan Coach Kehidupan (Life Coach)
  • bersahabat dengan orang yang positif
  • menjauhkan diri dari orang yang negatif seperti orang yang bertabiat suka mengeji, memfitnah, mengkritik, mengumpat dan banyak komplen.

Tulisan ini akan bersambung. Sila komen artikel ini.

Untuk mengenali Penulis, sila ke www.AZMAN.asia

Leave a Comment

Scroll to Top