Hari hari kita terdengar kisah orang hilang pekerjaan di Malaysia. Yang terkini ialah UTUSAN. Seramai 860 orang telah diberhentikan. Mungkin ribuan lagi kes kes hilang pekerjaan diluar sana yang tak masuk berita.
Bagi mereka yang hilang pekerjaan, mungkin perkara pertama yang timbul di dalam fikiran ialah \”di mana boleh aku cari kerja lain?\”. Banyak tanggungan yang perlu dijelaskan seperti sewa, insuran, saraan pendidikan dan keperluan keluarga. Ini yang amat merisaukan kebanyakan daripada mereka.
Yang punyai simpanan atau mendapat pampasan, kerisauan mereka mungkin tidak begitu hebat. Namun begitu, simpanan pun bakal habis. Tapi bagi mereka yang bergaji cukup-cukup makan setiap bulan, biasanya tidak punyai peluang untuk membuat sebarang simpanan. Cabaran dan tekanan yang mereka bakal hadapi amat berat sekali.
Penulis dapat merasai apa yang sedang dirasai oleh insan insan yang telah hilang pekerjaan. Penulis pernah menghadapi cabaran yang sama walaupun laluan hidup kita berlainan.
Musim inilah kita perlahan-lahan hilang kawan dan saudara. Masa ini jugalah pelbagai kenalan memberi beranika nasihat yang adakalanya berbunyi sindiran. Pada musim yang sama juga, pelbagai makhluk memperkenal program-program MLM yang jauh dari citarasa dan hati sanubari. Mereka suka ambil kesempatan keatas keadaan kita yang sedang terdesak. Para Scammer juga turut menjemput kita kedalam perangkap mereka. Sakit kepala dibuatnya jika terjebak.
Berasaskan pengalaman Penulis, ada 4 perkara yang perlu dijaga dengan lebih rapi lagi setelah hilang pekerjaan. Inilah sumber yang masih ada pada tangan kita dan tidak boleh disia-siakan :
- Fikiran
- Masa
- Kesihatan
- Sillaturrahim
Juga ketika musim susah ini, ada 4 perkara yang Penulis sarankan untuk kita baiki dan perkukuh :
- Ilmu Pengetahuan
- Kemahiran
- Tabiat harian
- Kesopanan dalam percakapan
Dan 4 perkara yang perlu dipegang dengan lebih kuat lagi :
- Kesabaran pada keadaan
- Kemaafan pada orang lain
- Kecekalan pada hati
- Usaha yang berterusan
Penulis akan memberi penerangan dalam post seterusnya …