Malaysian Community Care Foundation Mobile Logo

Utama      Info Kami     Carta     Program      Derma      Hubungi      Terma       Blog           ENGLISH

info kami

Majlis Pelancaran

Malaysian Community Care Foundation (MCCF) telah diilhamkan dan ditubuhkan oleh Dato’ Seri Hj. Halim Bin Hj. Ishak. MCCF telah diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] secara rasmi pada 13 Mac 2015 (PPAB-03/2015).

MCCF bergerak aktif dalam penganjuran program-program Sosio-Ekonomi untuk pelbagai komuniti dengan tujuan membangun Kemakmuran Hidup, Perpaduan Kaum dan Keamanan Negara

Matlamat Teras MCCF

1. KEMAKMURANKehidupan yang selesa, kebajikan yang terjamin, serta punyai peluang untuk membangun diri dan keluarga.

2. PERPADUANPenyatuan hati antara komuniti dari pelbagai kaum, warisan dan agama supaya  dapat hidup bersama dalam harmoni.

3. KEAMANAN  – Kesedaran bahawa kerjasama antara komuniti akan memelihara keamanan dan membendong sebarang ancaman.

7 Program Utama untuk mencapai matlamat kami

  • Menerap nilai positif pada belia & masyarakat pelbagai kaum
  • Menyampai ilmu manfaat yang boleh digunakan di dalam kehidupan
  • Melatih kemahiran asas yang boleh menaiktaraf ekonomi diri
  • Membuat penyelidikan sosial & melaporkannya kepada agensi berkaitan untuk tindakan
  • Menyediakan program kebajikan untuk rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai cabaran kehidupan
  • Menaungi program kebajikan untuk residen bukan warganegara seperti pelarian & pekerja asing 
  • Membina rangkaian kerjasama dengan pelbagai komuniti, agensi, NGO & korporat

MISI

“MCCF menjalankan program pembangunan sosio-ekonomi 

di dalam komuniti yang berdaya membina kemakmuran hidup, 

memperkukuh perpaduan dan memelihara keamanan.”

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

DATO' SERI HJ. HALIM BIN HJ. ISHAK

(PEMEGANG AMANAH & PENGERUSI)

TUAN LALMIN BIN AKOB

(PEMEGANG AMANAH)

TUAN ABDUL RAHMAN BIN SAAD

(PEMEGANG AMANAH)

Ingin memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan?