Skuad Sukarelawan MCCF telah turun ke Kampung Chegar Medang, Benus, Bentong, Pahang. Inisiatif ini dilakukan bagi meringankan beban masyarakat mahupun komuniti yang memerlukan bantuan tenaga dalam membersihkan rumah yang dilanda musibah banjir lumpur.
Daripada selikat-likat lumpur hingga ke sekecil-kecil perkakas rumah yang perlu dibersihkan. MCCF juga amat mengalu-alukan bantuan tenaga dan masa sukarelawan tanpa mengira bangsa dan agama bagi terus menggerakkan program ini ke kawasan lain pada setiap minggu.
Sumbangan wang ringgit, barang kelengkapan rumah serta peralatan pembersihan juga amat diperlukan daripada para dermawan diluar sana bagi kami terus membantu mangsa banjir yang memerlukan.
Boleh hubungi sekretariat kami ditalian 603-6178 6093 bagi menyertai Misi Pasca Banjir ini.