Oktober 24, 2019 – Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim bersama YB Senator Datuk Seri serta membentangkan program-program yang sedang dijalankan oleh MCCF sejak tahun 2015 untuk komuniti.
Disamping itu, YB Senator Datuk Seri telah menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha MCCF serta meminta MCCF untuk meneliti faktor-faktor keadaan para graduan yang masih tidak mendapat pekerjaan. YB Senator Datuk Seri menggalakkan MCCF meneruskan usaha murninya untuk komuniti.