Kehidupan yang selesa, kebajikan yang terjamin, serta punyai peluang untuk membangun diri dan keluarga.
Penyatuan hati antara komuniti pelbagai kaum, warisan dan agama supaya dapat hidup bersama dalam harmoni.
Kesedaran bahawa kerjasama antara komuniti akan memelihara keamanan dan membendong sebarang ancaman.
MCCF menjalankan program Pembangunan Sosio-Ekonomi di dalam Komuniti yang berdaya membina Kemakmuran Hidup, Memperkukuh Perpaduan dan Memelihara Keamanan.
Untuk memperkukuh Kemakmuran, Perpaduan & Keamanan, kami mengambil 7 langkah utama
Menerap nilai positif pada belia dan masyarakat pelbagai kaum
Menyampai ilmu manfaat yang boleh digunakan di dalam kehidupan
Melatih kemahiran asas yang boleh menaiktaraf ekonomi keluarga
Membuat penyelidikan sosial dan melaporkannya kepada agensi berkaitan untuk tindakan
Menyediakan program kebajikan untuk rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai cabaran kehidupan
Bekerjasama dengan pihak Kedutaan, Imigresen, Polis & Hospital dalam pengurusan Jenazah, pengkebumian atau penghantaran mayat ke negara asal.
Membina rangkaian kerjasama dengan pelbagai komuniti, agensi, NGO dan korporat
Kami amat mengalu-alukan sesiapa jua untuk turut serta sebagai Sukarelawan MCCF. Sumbangan masa dan tenaga anda akan membantu memajukan kemakmuran, perpaduan dan keamanan. Setiap lapisan masyarakat akan dapat merasai hasil usaha anda.
Menyebar benih kebahagiaan
Saya rasa amat teruja dan seronok apabila dapat turut serta di dalam dua program pembangunan sosial MCCF. Saya berpeluang mendekati masyarakat dan mempelajari bagaimana untuk membantu secara terbaik.