MCCF mengalu-alukan derma dalam bentuk wang tunai untuk dana program-program kemasyarakatan. Program-program kami telah membantu hampir 50,000 orang di seluruh Malaysia.
Dengan sumbangan dana daripada anda, banyak lagi program kemasyarakatan yang kami boleh anjurkan.
Matlamat Teras MCCF
1. KEMAKMURAN – Kehidupan yang selesa, kebajikan yang terjamin, serta punyai peluang untuk membangun diri dan keluarga.
2. PERPADUAN – Penyatuan hati antara komuniti dari pelbagai kaum, warisan dan agama supaya dapat hidup bersama dalam harmoni.
3. KEAMANAN – Kesedaran bahawa kerjasama antara komuniti akan memelihara keamanan dan membendong sebarang ancaman.
Aktiviti Utama yang memerlukan dana
Oleh kerana MCCF tidak dibiayai oleh mana-mana pihak, kami bergantung sepenuhnya pada sumbangan tetap untuk terus membuat perubahan positif untuk komuniti di Malaysia. Bersama dengan bantuan anda, kita dapat memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan pada masa kini.
Untuk setiap RM1 yang anda sumbangkan kepada MCCF, sekitar RM0.80 digunakan untuk menyelamatkan dan mengubah kehidupan masyarakat secara individu mahupun kelompok. Kami membelanjakan sekitar RM0.20 untuk polisi, pengurusan dan pentadbiran.
Sumbangan anda membantu menyokong penyediaan kit kesihatan, bantuan pendidikan dan barangan keperluan asas bagi membantu kelangsungan kehidupan anggota masyarakat di Malaysia.
Melalui sumbangan anda, anda bekerjasama dengan MCCF unutk kelangsungan hidup, perlindungan dan perkembangan masyarakat serta komuniti di Malaysia. Sebagai pertubuhan tempatan yang mapan, MCCF mempunyai sistem yang baik dan dapat memanfaatkan sepenuhnya sumbangan anda untuk benar-benar membantu mereka yang memerlukan di Malaysia di mana ia sukar dicapai.