Kuala Lumpur: Hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atas kesalahan pemasangan cermin gelap disifatkan agak keterlaluan dan menyukarkan rakyat terutama dalam situasi peningkatan kos sara hidup.
Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan bantahan berhubung isu itu.
Menurutnya, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan disaran mengkaji semula pelaksanaan hukuman kesalahan pemasangan cermin gelap yang lebih efisien.
Berita selanjutnya layari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1019184/hukuman-denda-atau-penjara-atas-kesalahan-cermin-gelap-agak-keterlaluan
