April – November, 2017 – Sekitar Jalan Chow Kit.
Program Sentuhan Kasih bersama Gelandangan ini telah diadakan pada setiap hari jumaat malam di kawasan sekitar Chow Kit. Ianya dianjurkan sebanyak 2 kali dalam setiap bulan. Ianya bagi membantu menyediakan juadah makan malam dan mendekatkan hubungan diantara NGO dan golongan gelandangan. Selain mendengar rintihan dan permasalahan mereka, MCCF turut menyediakan beberapa barangan keperluan seperti selimut, pakaian dan lampin pakai buang. Setiap kali program ini diadakan, kami menerima kunjungan tidak kurang dari 200 ke 300 orang. MCCF turut mendapat kerjasama dari Kelab Sifu Bikers, Ani Catering, NGO-NGO dan rakan-rakan artis.
[metaslider id=\”1222\”]