Jom Cuci Masjid – Masjid Bandar Baru Senawang

April 23, 2017 – Bandar Baru Senawang, Seremban

Program ini bermula dengan acara perlepasan Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi di Sri Pentas, Bandar Utama. Para sukarelawan dan staff MCCF telah menyertai program edisi ke-22 anjuran Media Prima Berhad dan TV3 dengan kerjasama dan tajaan dari Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, YB Tuan Mohd Ghazali Abdul Wahid. Program ini juga diadakan sempena sambutan ‘Hari Israk Mikraj’. Penglibatan MCCF di dalam program kali ini di atas jemputan pihak Media Prima Berhad dan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Paroi. 

Segala keperluan seperti peralatan mengecat, membersihkan Tanah Perkuburan Paroi serta sumbangan kepada golongan Asnaf disumbangkan oleh YB ADUN Paroi. MCCF melalui krew dan sukarelawannya hanya terlibat di dalam aktiviti pembersihan kawasan Masjid. Pelbagai aktiviti jualan amal diadakan sempena program tersebut dengan hidangan ‘Rendang Maman Paroi’ dijamu kepada semua peserta terlibat.

Scroll to Top