Mac 18, 2017 – Masjid Lama Kg Bolok Hilir, Lanchang, Pahang
Program Edisi ke-20 ini dimulakan dengan acara perlepasan Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi di Sri Pentas, Bandar Utama. Para peserta konvoi serta sukarelawan tiba jam 10.00 pagi untuk sessi sarapan dan bersolat Dhuha. Masjid Lama Kg. Bolok Hilir ini berusia lebih dari 100 tahun. Aktiviti membersihkan Masjid, mengecat dan menukar karpet telah dijalankan secara gotong-royong.YB. Dato’ Sri Haji Mohd Shakar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang telah hadir merasmikan program dan seterusnya menyampaikan sumbangan beras kepada golongan asnaf. MCCF turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan peralatan bagi mengecat semula Masjid lama tersebut. Selepas solat Zohor dan makan tengahari hidangan ‘Patin Tempoyak Lanchang’, para peserta telah bertolak ke Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah bagi sessi tazkirah bersama Ustaz Hanafiah Abd Malek. [metaslider id=\”42\”]