Program Lawatan Ke Pusat Tahfiz Al-Habbah

Febuari 10, 2018 – Pusat Tahfiz Al-Habbah.

MCCF telah mengadakan program siri lawatan ke Sekolah Tahfiz Al-Habbah yang terletak di Taman Jasa Utama, Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. Kebanyakkan penghuni Pusat Tahfiz di sini terdiri dari anak-anak yatim dan anak golongan asnaf. Mereka diberikan pendidikan di Sekolah Kebangsaan dan Tahfiz secara percuma. 

Kakitangan MCCF dan sukarelawan yang hadir telah mengendalikan sessi ‘Kelas Bahasa Inggeris’ bagi memberikan pendedahan kepada mereka terhadap kerja-kerja sosial serta tanggungjawab komuniti masyarakat setempat. Bagi menceriakan suasana, Kelas Bahasa Inggeris ini juga diberikan sedikit kelainan dengan menyediakan aktiviti seperti kuiz, ujian ejaan dan sessi bercerita. 

MCCF juga telah menyampaikan sumbangan buku Iqraq dan buku agama kepada pihak Sekolah Tahfiz. Program hari tersebut telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari diantara kakitangan MCCF, anak-anak tahfiz, sukarelawan, penjaga dan guru Sekolah Al-Habbah.

[metaslider id=\”1488\”]
Scroll to Top