Program Lawatan & Sumbangan Ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak ‘Down Syndrome’

Januari 27, 2018 – Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

MCCF dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan MISI 7 telah mengadakan program komuniti lawatan dan sumbangan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak ‘Down Syndrome’ yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Ianya diadakan bagi memberikan sokongan dan menyalurkan sumbangan barangan keperluan untuk anak-anak istimewa di Pusat Jagaan tersebut. 

Program ini turut memberi pendedahan dan kesedaran kepada sukarelawan serta melibatkan mereka dalam aktiviti kebajikan dan aktiviti psikososial. Sempena sambutan perayaan ‘Tahun Baru Cina’, MCCF telah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, pampers dewasa, sabun pakaian, biskut raya, limau mandarin dan kuih bakul. 

Para sukarelawan juga telah mengendalikan beberapa aktiviti sukan dan permainan bagi memberi keceriaan kepada penghuni di sini. Kakitangan dari McDonalds cawangan Bukit Tinggi turut hadir menceriakan suasana selain menghulurkan tajaan makanan dan minuman.

Scroll to Top