Rakaman Program ‘TV3 Bersamamu’

Mac 3, 2018 – PangsapuriPermai, Bukit Kuda, Klang, Selangor.

MCCF telah sekali lagi dijemput oleh Krew Produksi Rancangan ‘TV3 Bersamamu’ bagi menjayakan rakaman penyerahan sumbangan dan bantuan kepada keluarga Encik Mohd Faizal Bin Roslan, 34 tahun serta isterinya Puan Siti Halijah, juga 34 tahun. Pasangan ini dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Muhd Syakir, 8 tahun yang mengidap penyakit Nefrotik Syndrome. Pasangan kembar Syafiyah Nur Zahra dan Syafiyah Nur Zahirah pula berusia 6 tahun. Nur Zahra menghidap penyakit kanser mata selain Retino Bistoma dan Talasemia. Anak bongsu, Muhd Yusof Zhafran berusia 12 bulan pula mempunyai komplikasi kulit yang teruk, sehingga tahap berdarah. Mohd Faizal berkerja sebagai pemandu van dengan gaji RM1,500.00 sebulan, manakala isterinya membuat kek dan kuih muih untuk menyara keperluan anak-anak. MCCF telah menyerahkan bantuan kewangan, barangan makanan keperluan asas, pampers, susu khas dan katil kepada keluarga

Scroll to Top