Hilang Pekerjaan? Bab 3

Ada beberapa contoh kelohan yang mungkin bermain di fikiran bila hilang mata pencarian:

  • Umur makin senja, susah dapat kerja
  • Ekonomi tak bagus, susah dapat kerja
  • Saya tiada pelajaran tinggi, susah dapat kerja
  • Saya takda kemahiran tinggi, susah dapat kerja
  • Saya tak pandai cakap, susah dapat kerja
  • Saya selalu sakit, susah dapat kerja
  • Saya muka pecah rumah, susah dapat kerja
  • Banyak lagi

Soalan saya. Dapatkah pemikiran sebegitu merubah keadaan hidup kita? Jika dibiarkan kelohan bermain di kepala, lambat laun akan jadi mantra dibibir bila bertemu rakan, kenalan, keluarga dan sanak saudara. Boleh jadi makbul! Akhirnya otak sendiri jadi stress. Akibatnya kita akan selalu jadi emosi, runsing, susah tidur dan murung. Lantas mudah jatuh sakit.

Orang yang berfikiran negatif, hanya akan menyempitkan rezeki sendiri. Ini kerana apabila berbual dengan sesiapapun, dirinya mempapar sebagai orang yang putus asa atau berakal pendek. Raut wajahnya pun tak manis. Kata-katanya tak sedap didengar. Bukan semua orang akan simpati. Ada yang menyampah dan ada yang padankan muka kita. Rugi …….

Kita tukar sikit corak pemikiran

Mungkin pelbagai cabaran yang kita tempuhi ialah realiti hidup kita buat masa ini. Akan datang pula macamana? Ok, mari tanya diri. Adakah hidup kita akan berterusan dalam keadaan runcing ini?

Bagi orang yang menjawab \”ya\”, saya kira anda semua telah pun membaca perjalanan hidup anda dari dalam Kitab Loh Mahfuz semasa anda singgah di langit. Dahsyat sungguh sakit mental anda. Sila pergi check doktor segera. Jangan marah ya.. gurauan saja (yang mempunyai makna).

Tuhan sudahpun menasihati kita semua dengan 4 perkara penting dalam hal kehidupan di dunia :

  • Tuhan hanya akan merubah nasib sesuatu kaum, apabila kaum itu merubah apa yang ada dalam dirinya.
  • Carilah penyelesaian dengan sabar dan solat.
  • Bertebaranlah dimukabumi, carilah rezeki dari limpah kurniaNya. Dan Ingatlah pada Tuhan banyak-banyak dalam segala keadaan, supaya kamu berjaya.
  • Tuhan akan meningkatkan darjat orang yang berilmu.

Untuk pengetahuan saudara saudari pembaca, 4 perkara di atas lah yang Omputih dok jaja kehulu kehilir seluruh dunia bertahun-tahun. Dalam buku mereka, dalam training, dalam seminar dan talk mereka. Sehingga mereka menjadi sangat terkenal dan dipuja sebagai GURU PEMBANGUNAN DIRI atau GURU TRANSFORMASI HIDUP. Buku-buku mereka menjadi New York Times Bestseller yang diterjemah ke dalam lebih 40 bahasa.

Apa yang Tuhan nasihat dalam Al-Quran dan apa yang Nabi menasihati untuk kita kini menjadi pegangan dan ajaran mereka sehingga mereka menjadi begitu berjaya dalam kehidupan di dunia.

Jom kita senarai ciri yang perlu diubah \”pada diri kita\” supaya keadaan hidup kita lebih baik

  • Corak pemikiran kita (mindset)
  • Sikap kita apabila tercabar
  • Emosi kita apabila tercabar
  • Kata-kata dan bahasa kita
  • Tabiat harian kita

5 ciri ini perlu dibaiki untuk berlakunya perubahan dalam hidup. Untuk itu, kita perlu menilai setiap satu ciri tersebut. Barulah kita boleh Sedar Diri tentang kelemahan dan kekuatan diri. Kalau kita sangka diri kita ini betul sangat, itulah sebenarnya punca segala masalah yang kita sedang hadapi. Jika kita tidak pandai mencermin diri, jumpalah Coach Kehidupan yang boleh memberi panduan dan mencetus inspirasi.

Corak Pemikiran, Sikap, Emosi, Kata-kata dan Tabiat kita sudah pasti perlu berubah. Setiap satu ciri perlu dimodelkan dari orang orang yang sudahpun berjaya.

Mengapa penyelesaian di dalam sabar dan solat?

Solat mendidik akal untuk tenang, fokus dan memberi tumpuan serta sabar. Apabila kita bersabar dalam keadaan tercabar, akal kita dapat berfikir dengan baik. Biasanya keputusan yang kita buat adalah lebih baik.

Boleh kah kita membuat sebarang keputusan yang baik dalam keadaan diri kelam kabut, fikiran celaru, hati yang marah dan berkata kesat? SUDAH PASTI TIDAK ! Jika kita buat jugak, saja cari nahas untuk diri sendiri. Orang lain menjadi tidak selesa berurusan dengan kita. Mereka akan jadi serik.

Tuhan menyuruh kita berusaha dan jangan putus asa. Dengan mulut manis, hati yang terbuka, yakin dan tawakal, pintu rezeki akan terbuka luas. Dan untuk meluaskan lagi rezeki, tingkatkan ilmu dan tambahkan kemahiran. Hati kita akan menjadi lebih berani dan kerja kita menjadi lebih cekap serta hasilnya lebih baik. Orang lain akan selesa berurusan dengan kita. Mereka suka untuk berurusan lagi dengan kita.

Kita akan bincang lagi perkara pokok dalam membuka rezeki dengan pelbagai cara yang win-win.

Untuk mengenali Penulis, sila ke www.AZMAN.asia

Leave a Comment

Scroll to Top