Febuari 4, 2017 – Masjid Kariah, Batu 10, Labu, Negeri Sembilan.
Program Jom Cuci Masjid Edisi Ke-19 telah diadakan di Masjid Kariah, Pekan Labu, Negeri Sembilan dengan dihadiri oleh kira-kira 250 orang konvoi bermotorsikal berkuasa tinggi, 40 orang sukarelawan dan penduduk komuniti setempat. Aktiviti membersihkan dan mengecat Masjid serta Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad telah diadakan serentak dengan pembahagian tugas masing-masing kepada semua peserta.
Jamuan tengahari telah diadakan di Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad selepas sessi tazkirah bersama anak-anak penghuni sekolah tersebut. MCCF telah menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dan asnaf yang telah dipilih oleh pihak masjid. Sumbangan dana wakaf bagi pembinaan bangunan tambahan Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad juga telah diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah pada hari tersebut.