Disember 8, 2018 – KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA
ATHLEXIC 2018 dianjurkan oleh pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM). Program ini bertujuan untuk melahirkan generasi belia dan masyarakat awam yang berdaya saing, sihat dan memupuk keberanian masyarakat dalam menyertai aktiviti sukan ekstrem.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempromosikan sukan ekstrem yang kurang mendapat perhatian. Beberapa pertandingan telah diadakan seperti Inline dan Skateboard. MCCF telah memberi tajaan bagi menyokong dan menjayakan usahan penganjuran program ini. MCCF berharap sukan ini akan terus dipromosikan kerana ia mempunyai potensi besar untuk terus berkembang di negara ini.
[metaslider id=\”1685\”]