Serahan Sumbangan kepada Puan Mardiana bersama KESUKEB

November 19, 2018

MCCF telah bekerjasama dengan Kelab Sukan dan Kebajikan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sg. Buloh (KESUKEB) bagi membantu Puan Mardiana yang terpaksa memikul tugas ketua keluarga selepas suaminya, Ahmad Tajuddin hanya mampu terbaring di atas katil akibat penyakit strok. MCCF telah menyumbang wang tunai sebanyak RM500 serta barang keperluan asas kepada Puan Mardiana. Program tersebut turut dihadiri oleh Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Ustaz Hanafiah Abdul Malek selaku Felo bagi Biro Sosial dan Dakwah MCCF. MCCF berharap bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung Puan Mardiana sekeluarga.

[metaslider id=\”1673\”]

Scroll to Top