KEJOHANAN GOLF AMAL PERKASA NEGERI SEMBILAN 2018

Disember 9, 2018 – NILAI SPRING GOLF AND COUNTRY CLUB, NEGERI SEMBILAN.

Program ini merupakan anjuran bersama Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) dan Persatuan Pegawai Kastam Malaysia (Perkasa) Negeri Sembulan. Seramai 120 peserta terdiri daripada pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), wakil penaja dan wakil syarikat swasta menyertai Kejohanan Golf Amal Perkasa 2018 di Kelab Golf Nilai Springs. Program amal ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu kebajikan pegawai kastam yang mengalami kemalangan atau sakit. Selain itu, sejumlah RM6,000 daripada dana terkumpul daripada program tersebut disalurkan kepada tabung kebajikan MCCF. Turut hadir, Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah.

Seterusnya gambar menarik di Facebook

[metaslider id=\”1689\”]

Scroll to Top