Projek Jiwa Murni ATM

Disember 10, 2017 – Tahfiz Al-Habbah

Projek Jiwa Murni merupakan program amal anjuran Angkatan Tentera Malaysia yang telah melangkaui usia berpuluh tahun lamanya. Ia adalah program kemasyarakatan ATM terhadap komuniti yang memerlukan bantuan atau perkhidmatan berbentuk kemudahan asas. Pihak ATM telah membina kolah bagi kemudahan mengambil air sembahyang untuk pelajar tahfiz di sini. 

Dengan kekuatan seramai 200 anggota, mereka juga telah membersihkan seluruh kawasan Sekolah Tahfiz ini, serta melengkapkan kerja pembinaan jalan masuk yang lebih sempurna buat semua penghuni Sekolah Tahfiz Al-Habbah. MCCF telah bersama-sama bergotong-royong di dalam program ini serta menyumbangkan cat bagi menghiasi keseluruhan bangunan blok baru di sekolah tersebut.

[metaslider id=\”1412\”]
Scroll to Top