Projek Sistem Akuaponik

Disember, 12, 2017 – SMK Sg. Pusu, Gombak, Selangor.

MCCF amat menyokong usaha pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, bagi menggunapakai ‘Sistem Akuaponik’ sebagai kaedah pendedahan dan pembelajaran untuk para pelajar . Sistem Akuaponik ini menggunapakai asas sains biologi dalam ekosistem dan teknologi hidroponik untuk memelihara ikan dan bercucuk tanam dalam satu sistem kitaran. Selain memperkenalkan kaedah pembelajaran yang baru, ia juga memberikan pengalaman kepada para pelajar untuk melaksanakan projek sains secara berkumpulan. Projek ini turut memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang ilmu keusahawanan serta perniagaan kecil-kecilan secara menternak dan bertani. Projek Sistem Akuaponik juga menghasilkan bahan makanan yang sihat serta memberi kesan yang baik kepada alam sekitar. MCCF telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000.00 (Lima Ribu Ringgit) bagi menyokong dan memperkenalkan kaedah Sistem Akuaponik di SMK Sg. Pusu. MCCF berharap agar projek sedemikian dapat diperkenalkan ke Sekolah-Sekolah lain dengan sasaran, manfaat dan faedahnya dapat diperluaskan pula kepada Koperasi Sekolah.

Scroll to Top