14 Mac 2023 – Program Dapur Asnaf MCCF melalui Koordinator Program, Tn Hj Azman Ab Rahman telah menyerahkan 32 bungkus makanan siapmasak kepada Pengerusi dan AJK Perumahan Awam Setapak Jaya 1A. Mereka sendiri akan menyampaikan terus kepada komuniti Asnaf yang tinggal di situ.
Tujuan utama penganjuran program ini ialah untuk mencetus budaya keprihatinan dikalangan penduduk terhadap komuniti Asnaf yang masih terbelenggu dengan kesusahan pasca PKP akibat hilang mata pencarian, hilang upaya, kematian pasangan tempat bergantung, jatul pelbagai sakit dan uzur, tekanan kehidupan dan terdesak akibat pelbagai perkara.
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang sama-sama berkongsi rezeki menajayakan program ini menerusi sumbangan awam mahupun badan korporat yang prihatin dengan nasib komuniti Asnaf.
