9 Mac 2023 – Program Dapur Asnaf MCCF melalui Koordinator Program, Tn Hj Azman Ab Rahman telah menyerahkan 100 bungkus makanan siapmasak kepada komuniti Asnaf PPR Sg. Bonus, Kuala Lumpur.
Tujuan MCCF menganjurkan program ini ialah untuk mencetus budaya keperihatinan di kalangan penduduk terhadap komuniti Asnaf yang masih terbelenggu dengan kesusahan pasca PKP akibat hilang mata pencarian, hilang upaya, kematian pasangan tempat bergantung, jatuh pelbagai sakit dan uzur, tekanan kehidupan dan terdesak akibat pelbagai perkara.
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang sama-sama berkongsi rezeki menajayakan program ini menerusi sumbangan individu mahupun badan korporat yang prihatin dengan nasib komuniti Asnaf.