Malaysia Community Care Foundation (MCCF) melalui Badan Perhubungan MCCF Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program amal \’3 Bangsa 1 Misi\’ baru baru ini. Lebih mengujakan program terbabit turut mendapat kerjasama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Pulau Pinang dan Singapura.
Pengerusi Badan Perhubungan MCCF Pulau Pinang, Jeevithan P.Ganasan berkata, program kali pertama babitkan tiga NGO negeri ini iaitu Badan Amal PPLD, PERKAM Malaysia, WISEE Pulau Pinang serta empat NGO dari Singapura yang terdiri daripada Warisan Kota Temasek, Singapore Bikers InClub dan Rayap Temasek diyakini mampu merealisasikan tujuan membantu golongan memerlukan perhatian.
Penerima sumbangan yang merupakan penduduk kurang berkemampuan berbilang bangsa disantuni melalui penyerahan sumbangan barangan dapur, baucar pembelian barangan di Tesco dan sejumlah wang tunai dalam usaha meringankan beban mereka menyara keluarga.
Menurut Jeevithan pihaknya percaya pemilihan slogan program \”3 Bangsa & 1 Misi\” kearah perpaduan nasional ini mencapai matlamatnya kerana membabitkan penerima berbangsa Melayu, Cina dan India.
Sementara itu Pengerusi MCCF, Halim Ishak yang dihubungi berkata,semua sumbangan berupa pelbagai barangan dan wang tunai disediakan sendiri oleh semua NGO terbabit termasuk sumbangan daripada individu yang prihatin yang juga babitkan dua buah negara.
Beliau turut berterima kasih kepada badan-badan amal negara Singapura dan sukarelawan MCCF Pulau yang menyumbang tenaga menjayakan program itu.
Halim turut menyeru kepada dermawan dan pihak swasta lain untuk bersama dengan MCCF meneruskan misi dan kerja amal lebih lebih lagi jika babitkan negara ini dan negara luar agar usaha memupuk semangat perpaduan dan keamanan di kalangan komuniti manusia sejagat tercapai.
[metaslider id=\”3461\”]