Julai 17, 2017 – Dewan PPR Taman Wahyu
Majlis Sambutan Aidilfitri ini telah diadakan bagi meraikan dan menyampaikan bantuan sumbangan kewangan serta beras kepada golongan Warga Emas, Anak-AnakTahfiz, Ibu Tunggal dan anak-anak warga komuniti PPR Taman Wahyu. Majlis ini merupakan anjuran dan kerjasama di antara MCCF, Pertubuhan Pembangunan Komuniti Malaysia, Persatuan Kebajikan Islam Taman Wahyu, KRT Taman Wahyu dan Pusat Aktiviti Warga Emas. Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Beliau turut berkenan menyampaikan ucapan perasmian dan penyerahan sumbangan.
[metaslider id=\”1318\”]