Julai 24, 2017 – The Serenity Hall, Taman Seri Gombak, Selangor
MCCF dengan kerjasama Tuan Amir Amzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala telah menganjurkan ‘Program Jihad Ekonomi’ bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mempelajari serta berkongsi ilmu keusahawanan. Program tersebut dianjurkan secara percuma tanpa yuran pendaftaran. Ianya juga bertujuan bagi membuka ruang dan mengajak komuniti masyarakat agar memperbaiki sosio-ekonomi institusi kekeluargaan melalui bidang keusahawanan.Program telah dimulakan jam 9.30 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. Ianya dihadiri oleh kira-kira 30 orang peserta terdiri dari Sukarelawan MCCF, Ibu Tunggal dan komuniti masyarakat setempat. ND Lala telah berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan beliau serta membuka peluang kepada hadirin untuk menceburi bidang keusahawanan yang dijamin 100 peratus memberikan ganjaran lumayan. MCCF melihat kepada manfaat yang bakal diperolehi oleh komuniti masyarakat melalui program ini. Maka penganjuran program-program sedemikian di masa akan datang adalah amat bermanfaat dan wajar diberikan sokongan. [metaslider id=\”1330\”]