Kuala Lumpur Youth E-Sports 2018

Ogos 19, 2018 – One City, Subang Jaya.

KLYES 2018 dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM). Program ini telah mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia. Terdapat dua permainan yang dipertandingkan iaitu Defense of the Ancients (Dota 2) dan FIFA 18 dengan tawaran hadiah kesuluruhan bernilai RM7,600.00. Program ini bertujuan mengembangkan lagi sukan elektronik (e-sukan) dalam kalangan generasi muda negara ini selain menarik minat masyarakat dengan mempromosikan industri E-sukan. MCCF telah memberi tajaan bagi menyokong dan menjayakan usaha penganjuran program ini. MCCF turut berharap agar persepsi negatif masyarakat terhadap Sukan-E ini dapat diterjemahkan melalui sokongan yang diberikan oleh pihak Kementerian Belia Dan Sukan.

Scroll to Top