Jom Cuci Masjid – Masjid Sultan Alaudin Riayat Shah 1

Ogos 11, 2018 – Masjid Sultan Riayat Shah 1, Pagoh, Johor.

Program berlangsung di Masjid Jame’ Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Kampung Raja, Pagoh, Muar Johor. Sekali lagi MCCF menjalin kerjasama dan memberi sokongan penuh terhadap program anjuran Bahagian Kejuruteraan Media Prima Berhad. 

MCCF telah memberi sumbangan kewangan dan minyak masak kepada golongan asnaf. Turut hadir YB Dr Sahruddin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian (ADUN Bukit Kepong) bagi memberi sokongan dan tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam program amal ini. Beliau turut berterima kasih dan mengalu-alukan inisiatif seperti ini diadakan pada masa akan datang.