November 1, 2015
MCCF menyasarkan untuk menjangkau masyarakat melalui program kempen ini dengan berkongsi maklumat, tips-tips dan langkah-langkah pencegahan sebagai persediaan serta memberi kesedaran kepada semua tentang isu penculikan dan kehilangan kanak-kanak. Kami percaya bahawa, jenayah membabitkan golongan kanak-kanak ini sering berlaku kerana faktor kelekaan dan kurangnya kepekaan terhadap ancaman jenayah sekeliling yang sentiasa menunggu peluang untuk bertindak. Maka itu, penerangan dan kesedaran tentang bahaya serta ancaman yang boleh berlaku ini diharapkan masyarakat dan komuniti agar sentiasa peka dengan keselamatan kanak-kanak.
Mereka tidak boleh dibiarkan berada jauh dari pengawasan ibubapa atau penjaga serta menggalakkan masyarakat untuk turut serta mengawasi anak-anak ini tanpa mengenal latarbelakang agama dan kaum. Program ini sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan yang baik dari Guru Besar, pihak sekolah, PIBG, Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Pejabat Khidmat Wakil Rakyat, Polis, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat serta komuniti setempat.
We believe in “better be safe than sorry” and “prevention is better than cure”