Oktober 22, 2016
Matlamat penubuhan MET serta tawaran untuk mengikuti kursus asas ini adalah bagi mempromosikan sukan payung terjun serta membina keyakinan dan jati diri bagi golongan muda. Selain membudayakan sukan, ia juga dapat meningkatkan disiplin diri dan sebagai persediaan bagi mereka untuk menyertai kejohanan atau pertandingan yang akan disertai oleh MET. MCCF juga berharap agar hasrat untuk melatih anak-anak muda ini menerusi
MET serta melibatkan mereka di dalam program terjunan bagi mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai kumpulan terjunan golongan muda teramai dalam satu masa akan tercapai.
MCCF Extreme Team juga akan mengetengahkan Jamaluddin Ismail, 62 tahun, pemegang rekod MBR sebagai penerjun tertua di Malaysia pada tahun 2015 untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai penerjun tertua di dunia pula dari pihak Guiness Book Of World Records. Jamaluddin Ismail juga akan dijadikan Ikon serta pelatih bagi menarik minat dan mendidik golongan muda agar menyertai sukan payung terjun. MCCF berharap agar segala usaha ini mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak terutamanya dari segi penajaan seperti Payung Terjun, Jumpsuit, Helmet, Tracksuit, T-Shirt, Kasut dan juga Van untuk mengendalikan para peserta Kursus Asas Payung Terjun dan MET.