Jom Cuci Masjid – Masjid Kampong Karak Setia

Mei 12, 2018 – Masjid Kampong Karak Setia, Karak, Pahang.

Program Jom Cuci Masjid siri ke-27 kali ini disertai oleh lebih dari 120 orang terdiri dari ahli MCCF, TV3 Bikers, Sifu Bikers, Blackhawk Bikers, Pahang Truckerz Resources, penduduk setempat, kariah masjid dan sukarelawan di bawah syarikat Richwell atau Richworks Group Sdn Bhd di bawah teraju pakar motivasi, Dr. Azizan Osman. Antara aktiviti yang diadakan ialah menanam pokok di sekeliling kawasan masjid. MCCF telah menyampaikan sumbangan dan menanam sendiri pokok kelapa, cempedak, rambutan dan nangka. Serentak dengan itu, terdapat sekumpulan ahli-ahli dari kelab bikers yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan masjid dan kawasan tanah perkuburan. Pihak MANSA Ambulan turut hadir dan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Sebelum berakhirnya program, majlis penyerahan sumbangan beras kepada golongan asnaf dan ibu tunggal telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jalil dari pihak Media Prima Berhad. 

Scroll to Top