MCCF Menguruskan Jenazah Pelarian Syria

Mei, 16, 2018

[metaslider id=1536 cssclass=\”\”]

MCCF menyempurnakan majlis pengebumian pemuda warga Syria, Lonjin Adnouf berusia 20 tahun. Mangsa telah membunuh diri kerana menghadapi masalah kemurungan yang serius. Tanpa sokongan yang secukupnya dari masyarakat sekeliling serta dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan hidup, dia telah mengambil jalan mudah bagi mengakhiri sebuah kehidupan dalam usia muda. Rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang telah berkumpul dan menyatakan simpati di atas tragedi yang berlaku. Mereka juga bersetuju dan menegaskan bahawa satu majlis pengebumian yang sempurna perlu diadakan bagi menghormati pemergian Lonjin Adnouf. Jadi, MCCF memikul tanggungjawab untuk menguruskan tuntutan jenazah dan menyempurnakan pengebumiannya selepas menerima panggilan daripada aktivis dan organisasi bukan kerajaan.

Berita menarik di Facebook

Scroll to Top