Sempena perayaan Deepavali, MCCF melalui Pejabat Perhubungan Negeri dengan kerjasama syarikat WISEE One Solution Sdn Bhd dan The Giving Bank yang diwakili oleh Encik Jeevithan P. Ganasan menyantuni keluarga yang terjejas akibat PKPB di negeri Perlis.
Syabas dan terima kasih kepada Pegawai yang membantu menjayakan program ini, para Sukarelawan dan para Penyumbang sama ada individu mahupun syarikat yang terus memberi sumbangan serta menyokong usaha murni ini.
Kepada para Dermawan yang berminat untuk sama-sama membantu keluarga yang terjejas, sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun AMBANK MALAYSIAN COMMUNITY CARE FOUNDATION – 8881034837664.