Sekitar penyerahan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat PKPB di sekitar Kulim.
Syabas dan ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil Pejabat Perhubungan Negeri, diketuai oleh Saudara Jeevithan P. Ganasan dengan kerjasama syarikat WISEE One Solution Sdn Bhd dan The Giving Bank Organisation, para sukarelawan serta penyumbang sama ada individu mahupun syarikat yang terus memberi sumbangan serta menyokong usaha murni ini.
Kepada para Dermawan yang berminat untuk sama-sama membantu keluarga yang terjejas, sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun AMBANK MALAYSIAN COMMUNITY CARE FOUNDATION – 8881034837664.