Uncategorized

Dirgahayu Tuanku Yang Di-Pertuan Agong

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Tuanku pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H. Daulat Tuanku. Sembah Takzim daripada Malaysian Community Care Foundation …

Dirgahayu Tuanku Yang Di-Pertuan Agong Read More »

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2021

Semoga perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai pada tahun ini menguatkan lagi iltizam kita semua untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan demi kemakmuran bersama dan masa depan negara yang lebih cerah. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.Gayu Guru Gerai Nyamai.

Selamat Hari Wesak 2021

Selamat Hari Wesak kepada semua rakan kami yang beragama Buddha. MCCF berharap penganut agama Buddha dapat meraikan perayaan kali ini dalam norma baharu bersama ahli keluarga di rumah dengan suasana yang ceria. Semoga Hari Wesak pada tahun ini memberi semangat dan iltizam baharu untuk kita terus cekal dalam mengharungi segala cabaran demi kebaikan bersama dan …

Selamat Hari Wesak 2021 Read More »

Selamat Hari Guru 2021

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Tema yang sama telah digunakan pada tahun ini iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini menyentuh peranan guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat …

Selamat Hari Guru 2021 Read More »

Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia

Selamat menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia buat warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Terima kasih kepada seluruh anggota bomba dan penyelamat atas pengorbanan kepada masyarakat dan negara. Semoga warga bomba dan penyelamat terus komited dan memberi perkhidmatan terbaik dalam pelbagai misi kecemasan, khidmat kemanusiaan dan pengurusan bencana demi kesejahteraan rakyat.

Sekalung Tahniah Dan Selamat Bertugas

Malaysian Community Care Foundation (MCCF) mengucapkan setingggi-tinggi tahniah kepada IG Dato\’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu. Kami berharap PDRM akan bergerak ke arah yang lebih cemerlang di bawah pimpinan YDH Dato\’ Sri.

PDRM Perlu Kekal Institusi Bebas: MCCF

Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjadi institusi yang telus dalam menjalankan tugas dan bebas daripada cengkaman politik. Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) Datuk Halim Ishak berkata, pendedahan Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam mengundangkan keresahan di kalangan rakyat ke atas organisasi PDRM. Berita selanjutnya, klik pautan yang berikut https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/701130/pdrm-perlu-kekal-institusi-bebas-mccf

Salam Nuzul Al-Quran 1442 Hijrah

Malaysian Community Care Foundation (MCCF) ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1442 Hijrah kepada semua umat Islam. Semoga kita dapat bersama-sama menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan kita.Edit 44

Scroll to Top