Selamat menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia buat warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Terima kasih kepada seluruh anggota bomba dan penyelamat atas pengorbanan kepada masyarakat dan negara.
Semoga warga bomba dan penyelamat terus komited dan memberi perkhidmatan terbaik dalam pelbagai misi kecemasan, khidmat kemanusiaan dan pengurusan bencana demi kesejahteraan rakyat.