Chittirai Puttandu Vaalthukal, Happy Vishu Ashamsakal and Happy Vaisakhi
Semoga kesatuan dalam kepelbagaian terus menjadi kekuatan Malaysia terutama dalam menghadapi krisis COVID-19 yang mencabar ini.
Semoga kesatuan dalam kepelbagaian terus menjadi kekuatan Malaysia terutama dalam menghadapi krisis COVID-19 yang mencabar ini.
Salam Nisfu Syaaban 1441 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga dengan keberkatan malam ini, Allah kabulkan semua permintaan dan harapan kita terutamanya dalam kita menghadapi ujian wabak COVID-19 ini. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Selamat Hari Kesihatan Sedunia Kepada Para Petugas Kesihatan di Malaysia Kecekalan dan ketabahan anda kekuatan kami. Terima kasih untuk usaha keras anda semua dalam merawat pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19 ini. Kami mendoakan semoga anda semua terus gagah dan bersemangat untuk bersama-sama berganding bahu dalam melawan wabak COVID19.
Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia Teruskan memberi sokongan, dorongan dan kasih sayang kepada mereka agar anak-anak ini tidak merasa diri mereka dipinggir mahupun disisih daripada masyarakat.
Kami seluruh warga MCCF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga PDRM sama ada yang masih bertugas atau bersara sempena sambutan HARI ULANG TAHUN PDRM ke 213 dengan ucapan \”TERIMA KASIH KERANA MENJAGA KEAMANAN NEGARA UNTUK KAMI RAKYAT MALAYSIA.\” Anda sememangnya wira Negara yang tercinta ini.
Jutaan terima kasih kepada doktor, jururawat, pembantu perubatan, kesemua petugas kesihatan Malaysia, Polis dan Pengamal Media yang terus komited memberikan khidmat menangani penularan wabak COVID-19. Semoga anda semua terus kuat & kami sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. Buat rakyat Malaysia, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan oleh YAB Perdana Menteri, tinggal di rumah jika tiada urusan penting.
Selamat Memperingati Peristiwa Agung ISRAK & MIKRAJ pada 22 Mac 2020 bersamaan 27 Rejab 1441H.
Mari kita lihat #infografik dan cakna mengenai #BuahPinggang kita. Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Elak melakukan perkara ini: 1. Ambil suplemen sewenang-wenangnya tanpa merujuk doktor2. Mengguna kosmetik mengandungi bahan-bahan beracun Perbuatan ini boleh mengancam keselamatan buah pinggang anda. Selamat Menyambut Hari Buah Pinggang Sedunia
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Hari ini, kita meraikan Hari Wanita Sedunia (International Women’s Day). Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 8 Mac untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang di samping memperjuangkan agenda wanita. Sambutan ini juga dapat menjadi simbol penghargaan dan kasih sayang kepada setiap wanita di …