Acara

Selamat Hari Sarawak

Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada semua warga Sarawak tidak kira di mana anda berada. Tarikh 22 Julai yang merupakan satu tarikh yang cukup bersejarah bagi Sarawak. Marilah kita meraikannya tanpa mengira suku, kaum, etnik dan pegangan agama.

Program Awal Muharram 1445H MCCF Sabah

Ucapan syabas kepada team MCCF Sabah dan Dato’ Awang Jaffar Wahid selaku Pengerusi yang telah menyampaikan sumbangan telekung, buku-buku agama dan juga tambahan jubin untuk baik pulih lantai surau di Kg. Togudon, Kota Marudu, Sabah. MCCF turut mengalu-alukan Infaq & Sumbangan Dana Peralatan Masjid daripada individu perseorangan mahupun syarikat korporat. Sumbangan boleh disalurkan kepada AmBank: …

Program Awal Muharram 1445H MCCF Sabah Read More »

Selamat Hari Bapa

Cinta bapa itu terkadang tak akan terlihat, namun bakti mereka menzahirkan segalanya. Sebagai penghargaan kepada figura hero, pahlawan atau pelindung keluarga. Cinta pertama anak-anak adalah terhadap kedua ibu bapanya. Justeru, bapa adalah insan terhebat dan penyayang serta pelindung kepada anak anak. Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa di Malaysia. Semoga harini dipenuhi dengan …

Selamat Hari Bapa Read More »

Daulat Tuanku

Merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku …

Daulat Tuanku Read More »

Syabas & Tahniah Pelajar SPM 2022

Kepada semua pelajar SPM 2022 yang menerima keputusan hari ini. “Walau apa pun keputusan yang diperolehi, semoga menjadi inspirasi untuk mengorak langkah dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.”

Dirgahayu Tuanku

Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Patik sekalian mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi …

Dirgahayu Tuanku Read More »

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada mereka yang meraikannya. Kedua-dua perayaan itu disambut bagi menzahirkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang melimpah ruah serta hasil tuai yang bertambah. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak.

Selamat Hari Wartawan Nasional

Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 buat semua pengamal media dalam negara yang bergelar Wartawan. Terima kasih atas segala pelaporan yang diberikan kepada saya sejak dahulu sehingga ke hari ini. ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di Malaysia. Sungguh besar jasa seorang guru dalam melahirkan insan untuk pertiwi. Pengorbanan mereka tidak ternilai. Sentiasa berdedikasi mengajar dan bertekad mencurahkan segala ilmu yang terbaik buat kita. Terima kasih Cikgu!!!

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia. Tiada ayat yang mampu diungkapkan tatkala mengenang jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik dan membesarkan kita.

Scroll to Top