Author name: izzat

Salam Nisfu Sya\’ban 1444H

Malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang penuh keberkatan dan juga keampunan Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Mari bersama-sama kita mempertingkatkan amal dan persiapan serta memperbanyakkan doa, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali menghampiri bulan yang Ramadan yang penuh keberkatan.

Program Dapur Asnaf Siri 2

3 Mac 2023 – MCCF terus menyantuni komuniti Asnaf melalui pengagihan pek makanan siapmasak di kalangan penduduk PPR Kg. Baru Air Panas, Kuala Lumpur. Program turut dihadiri Pn. Marsita Abdullah Makmun @ Adnin (wakil Pengerusi MCCF), Tn Hj Azman Hj Ab Rahman (Koordinator Program) dan En. Faizal (Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kg. Baru Air Panas). …

Program Dapur Asnaf Siri 2 Read More »

Selamat Maju jaya

Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua calon-calon SPM. Semoga dikurniakan ketenangan, dilapangkan fikiran dan dimudahkan urusan kalian semua sepanjang menduduki peperiksaan SPM.

Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj 1444H

Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj 1444H/2023M kepada seluruh umat Islam di negara ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat umat semesta alam. Bersama-sama kita selami dan hayati peristiwa agung perjalanan Baginda yang diangkat ke langit pada malam Israk Mikraj, demi mengingatkan umatnya bahawa kematian dan Hari Kiamat itu …

Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj 1444H Read More »

Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta\’in Billah sempena Ulang Tahun Keempat Pemerintahan.

Program Dapur Asnaf Siri 1

29 Januari 2023 – MCCF menyantuni 100 orang Warga Asnaf melalui pengagihan pek makanan siapmasak di kalangan penduduk PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur. Program turut dihadiri Pengerusi MCCF, Dato\’ Seri Hj Halim Hj Ishak, wakil kepada YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa) Puan Hanna, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang, Tn Hj Ismail dan …

Program Dapur Asnaf Siri 1 Read More »

Selamat Tahun Baru Cina 2023

Selamat Tahun Baru Cina 2023 kepada mereka yang meraikannya. Semoga Tahun Arnab ini memberi kita semua keamanan, kemakmuran dan keharmonian. Jadikan perayaan ini sebagai pengukuh hubungan muhibah untuk kita teguh bersama. \”Gong Xi Fa Cai\” \”Xin Nian Kuai Le\”

Tahniah Penaung MCCF Sabah

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Penaung MCCF Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin atas pelantikan sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sabah bagi penggal keempat.

Scroll to Top