Program Dapur Asnaf Siri 1

29 Januari 2023 – MCCF menyantuni 100 orang Warga Asnaf melalui pengagihan pek makanan siapmasak di kalangan penduduk PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur. Program turut dihadiri Pengerusi MCCF, Dato\’ Seri Hj Halim Hj Ishak, wakil kepada YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa) Puan Hanna, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang, Tn Hj Ismail dan Koordinator Program, Tn Hj Azman Hj Ab Rahman.

Tujuan MCCF menganjurkan program ini ialah untuk mencetus budaya keperihatinan di kalangan penduduk terhadap komuniti Asnaf yang masih terbelenggu dengan kesusahan pasca PKP akibat hilang mata pencarian, hilang upaya, kematian pasangan tempat bergantung, jatuh pelbagai sakit dan uzur, tekanan kehidupan dan terdesak akibat pelbagai perkara.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang sama-sama menjayakan program ini menerusi sumbangan orang ramai mahupun badan korporat yang prihatin dengan nasib komuniti Asnaf.

\"\"

Scroll to Top