Author name: izzat

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Pengerusi MCCF

Pengurusan dan warga kerja Malaysian Communtiy Care Foundation (MCCF) mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Dato’ Seri Hj. Halim Bin Hj. Ishak, Ahli Pemegang Amanah & Pengerusi MCCF. Kami mendokan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik serta dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Allahumma Aamiin

Belasungkawa YB Datuk Seri Salahuddin Ayub

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Kami mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan keluarga Allahyarham diberi ketabahan dalam mendepani dugaan yang amat berat ini. Al-fatihah (dibaca)

Selamat Hari Sarawak

Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada semua warga Sarawak tidak kira di mana anda berada. Tarikh 22 Julai yang merupakan satu tarikh yang cukup bersejarah bagi Sarawak. Marilah kita meraikannya tanpa mengira suku, kaum, etnik dan pegangan agama.

Program Awal Muharram 1445H MCCF Sabah

Ucapan syabas kepada team MCCF Sabah dan Dato’ Awang Jaffar Wahid selaku Pengerusi yang telah menyampaikan sumbangan telekung, buku-buku agama dan juga tambahan jubin untuk baik pulih lantai surau di Kg. Togudon, Kota Marudu, Sabah. MCCF turut mengalu-alukan Infaq & Sumbangan Dana Peralatan Masjid daripada individu perseorangan mahupun syarikat korporat. Sumbangan boleh disalurkan kepada AmBank: …

Program Awal Muharram 1445H MCCF Sabah Read More »

Salam Ma’al Hijrah 1445H

Semoga tahun baru hijrah menjadikan kita semua insan yang lebih cekal dalam menghadapi ujian yang mendatang, dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Marilah kita bersama-sama meningkatkan keazaman untuk berubah kepada manusia yang lebih baik. Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445. Aamiin Allahumma Aamiin “KEMAKMURAN – PERPADUAN – KEAMANAN”

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Pengurusan dan warga kerja Malaysian Communtiy Care Foundation (MCCF) mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Encik Lalmin Bin Hj. Akob, Ahli Pemegang Amanah MCCF. Didoakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik serta dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat. Allahumma Aamiin

Dadah Punca Terjebak Jenayah

Semua ibu bapa perlu memantau anak-anak di alam persekolahan dan IPT kerana kini dadah jenih terbaru dalam bentuk cecair untuk Vape yang berada di pasaran dengan harga satu titik RM10.00. Kepada mereka yang ada maklumat kedai yang menjual dadah liquid ini boleh salurkan maklumat kepada Balai Polis terdekat atau terus ke laman aduan PDRM.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H/2023M

Semoga pengertian Aidiladha dan ibadah korban kali ini mendidik kita untuk terus bertaqwa kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan merendah hati.

Sekalung Tahniah dan Selamat Bertugas

Sekalung tahniah dan syabas kepada YDH IG Tan Sri Razaruddin Hussin @ Abd Rasid atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara dan YDH DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuatkuasa 23 Jun 2023. Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Selamat Hari Bapa

Cinta bapa itu terkadang tak akan terlihat, namun bakti mereka menzahirkan segalanya. Sebagai penghargaan kepada figura hero, pahlawan atau pelindung keluarga. Cinta pertama anak-anak adalah terhadap kedua ibu bapanya. Justeru, bapa adalah insan terhebat dan penyayang serta pelindung kepada anak anak. Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa di Malaysia. Semoga harini dipenuhi dengan …

Selamat Hari Bapa Read More »

Scroll to Top