Author name: izzat

Selamat Menyambut Hari Kaamatan & Hari Gawai 2020

Selamat Menyambut Perayaan Pesta Kaamatan & Hari Gawai kepada masyarakat Kadazandusun di Sabah dan komuniti Dayak di Sarawak. Semoga perayaan ini akan menjadi medan untuk mengeratkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini dan cerminan kepada keharmonian beragama di Malaysia.

Langkah Kerajaan Tangani PATI Adalah Tepat – MCCF

Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menyokong penuh usaha kerajaan yang tegas dan serius dalam menangani isu pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini yang berlarutan sejak sekian lama. Malah Pengerusinya, Halim Ishak menegaskan bahawa tindakan serbuan dan menangkap golongan terbabit di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah sesuatu yang bijak dan perlu diteruskan. Berita …

Langkah Kerajaan Tangani PATI Adalah Tepat – MCCF Read More »

Sampai Bila Kita Perlu Hadapi Isu Pemandu Mabuk? – MCCF

Presiden Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak ketika bercakap kepada MalaysiaGazette melahirkan rasa kecewa, binggung, marah dan tidak terdaya melihat golongan pemandu mabuk masih lagi ‘bermaharajalela’ ketika ini. “Hukuman sedia ada sebenarnya tidak cukup menggerunkan, kerana itulah mereka seolah-olah tidak kisah dengan perlakuan memandu dalam keadaan melebihi paras alkohol. Pandu dalam keadaan cuai sehingga …

Sampai Bila Kita Perlu Hadapi Isu Pemandu Mabuk? – MCCF Read More »

Food 4 All – Kulim

Pejabat Perhubungan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Jeevithan P. Ganasan bersama dengan para sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat bersama-sama menyediakan bungkusan pek makanan untuk diagihkan kepada 300 orang di sekitar Kulim. Bersatu sebagai satu keluarga demi mencapai matlamat yang murni. Jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan menyumbangkan tenaga untuk menjayakan program …

Food 4 All – Kulim Read More »

Food 4 All – Machang Manis

Sempena bulan Ramadan ini, MCCF melalui Pejabat Perhubungan Negeri dengan kerjasama syarikat WISEE One Solution Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Jeevithan P. Ganasan mengagihkan 200 pek kurma, snack dan air minuman kepada orang awam di sekitar sekatan jalan raya di Machang Manis. Terima kasih kepada IPD Seberang Perai Tengah, Sukarelawan serta Penyumbang yang terus …

Food 4 All – Machang Manis Read More »

Program Kebajikan MCCF – PPNJ

Syabas dan tahniah kepada Pejabat Perhubungan Negeri MCCF Johor yang di ketuai oleh Pengerusi PPNJ Tn.Hj Rosli Abdullah, Setiausaha En. Azmi Cm dan Exco Keselamatan Tn. Ramli Karim yang telah menganjurkan aktiviti sumbangan di bulan Ramadhan di bawah Program Kebajikan MCCF. PPNJ untuk kali ini telah menyantuni waris keluarga kepada anggota PDRM, pesara PDRM yang …

Program Kebajikan MCCF – PPNJ Read More »

Selamat Hari Guru 2020

Selamat Menyambut Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia. Terima kasih Cikgu! Anda bukan sahaja menjadi pendidik di sekolah malah merupakan pemimpin masyarakat dan pejuang bangsa. Jasa guru-guru semua akan sentiasa dikenang dan tidak akan dilupakan buat selamanya.

Selamat Hari Lahir YAB Tan Sri Muhyiddin

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke-73 buat Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato\’ Hj Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. Kami mendoakan agar YAB Tan Sri sentiasa dikurniakan kekuatan untuk terus cekal memimpin Malaysia dalam menepati cabaran mendatang.

Operasi PATI Jangan Bermusim

OPERASI membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diharap tidak sekadar bermusim. Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) Halim Ishak berkata, tindakan pembanterasan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia dan agensi lain ketika ini dianggap tepat bagi mengurangkan kebanjiran PATI. Berita selanjutnya di https://www.hmetro.com.my/mutakhir/operasi-pati-jangan-bermusim

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2020

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2020 kepada semua jururawat terutama di Malaysia. Terima kasih atas segala pengorbanan masa, tenaga dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutama dalam menghadapi situasi Covid-19.

Scroll to Top