Syabas dan tahniah kepada Pejabat Perhubungan Negeri MCCF Johor yang di ketuai oleh Pengerusi PPNJ Tn.Hj Rosli Abdullah, Setiausaha En. Azmi Cm dan Exco Keselamatan Tn. Ramli Karim yang telah menganjurkan aktiviti sumbangan di bulan Ramadhan di bawah Program Kebajikan MCCF.
PPNJ untuk kali ini telah menyantuni waris keluarga kepada anggota PDRM, pesara PDRM yang mengidap sakit kronik, anggota Sukarelawan Polis dan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan di sekitar daerah Kluang Johor.
[metaslider id=\”4250\”]