Ulang Tahun Hari Peringatan Polis Diraja Malaysia Ke-214

Malaysian Community Care Foundation (MCCF) menzahirkan ucapan penghargaan \’Selamat Hari Polis yang Ke-214’ kepada seluruh anggota serta ahli keluarga Polis Diraja Malaysia yang telah berjasa dan berkorban dalam memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara berterusan demi untuk keselesaan seluruh komuniti masyarakat Malaysia terutama sekali dalam usaha membendung pandemik COVID-19.

MCCF menyarankan agar pucuk pimpinan dan warga PDRM agar terus menjaga integriti dalam menjalankan amanah yang diberikan dalam usaha memasitkan imej pasukan tetap tinggi di mata masyarakat. Marilah kita memperbaharui sumpah taat setia dan janji kita untuk mempertahankan kedaulatan negara, menjaga kesejahteraan masyarakat dan memelihara integriti Polis Diraja Malaysia.

Salam Polis Diraja Malaysia

\"\"
Scroll to Top