Kuala Lumpur: Pembangunan projek sekolah dan klinik daif menerusi usaha kerajaan dalam inisiatif Ekonomi Madani diyakini memberi manfaat besar kepada rakyat terutama golongan yang memerlukan.
Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) Datuk Seri Halim Ishak mengakui inisiatif itu langkah proaktif kerajaan yang berupaya meningkatkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan kesihatan dalam negara.
Menurutnya, kejayaan projek itu bagaimanapun hanya boleh dicapai dengan tatakelola cekap dan pengurusan isu rasuah serta salah guna kuasa.
Katanya, jika masalah rasuah serta salah guna kuasa diatasi, baru rakyat dapat menikmati manfaat penuh daripada projek dilaksanakan sekali gus bergerak ke arah pembangunan lebih berjaya.
Berita selanjutnya, sila layari: https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2023/09/1008837/tingkat-kualiti-kesihatan-pendidikan-rakyat-miskin