Oktober 11, 2018 – SMK Sg. Pusu.
MCCF telah menyampaikan sumbangan sebanyak 20 unit Kompang kepada Kelab Kesenian Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak. Tajaan ini adalah sebagai sokongan kepada usaha pihak PIBG dan para pelajar yang berminat untuk menubuhkan Kelab Kompang.
MCCF berharap agar melalui tajaan kompang ini, pihak PIBG dan Kelab Kesenian Islam akan dapat menjana sedikit dana tabungan menerusi jemputan bagi menghadiri majlis perkahwinan atau lain-lain program. MCCF juga pada masa sama, turut menghulurkan sumbangan bagi menjayakan ‘Majlis Graduasi dan Apresiasi Murid Tingkatan Lima’ SMK Sungai Pusu yang telah diadakan pada. Pengerusi MCCF, Encik Halim Bin Ishak telah dijemput untuk merasmikan serta menyampaikan ucapan.
[metaslider id=\”1693\”]
