Simposium Promosi Kesihatan 2019

Oktober 2, 2019 – Auditorium Institut Kesihatan Nasional, Setia Alam

En.Azman Abd Rahman selaku Setiausaha Agung, Malaysian Community Care Foundation (MCCF) telah dijemput untuk memberikan pencerahan tentang Kesihatan Komuniti bersama Program MCCF sejak 2015. Azman membentangkan bagaimana Kementerian Kesihatan boleh bekerjasama dengan MCCF di dalam Program Pencegahan Penyakit Berjangkit di Perkampungan mahupun di Kawasan Penduduk Padat. Bersama MCCF, Azman juga menyarankan Kementerian untuk membuat saringan & pemantauan terhadap kesihatan mental penduduk.

Disamping itu, Azman telah menyatakan kerisauan MCCF terhadap kebanjiran Warga Asing yang rata ratanya datang dari negara yang masih tular dengan penyakit mudah berjangkit seperti TB & Hepatitis B serta jangkitan HIV, Hepatitis C & Polio. TB sangat mudah merebak. Bagaimana dengan bantuan MCCF, Kementerian mampu membuat saringan & mengambil tindakan susulan.

Simposium ini telah disertai oleh lebih 200 orang doktor & profesional bidang perubatan daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi penyelidikan & pengajian tinggi.

[metaslider id=\”3542\”]
Scroll to Top