Serahan Sumbangan Baju Raya kepada Ibu Bapa dan Asnaf

Jun, 13, 2018 – Teratak Rezeki Insan Budi, Bandar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung

MCCF melalui kunjungan Setiausaha Kehormatnya, Encik Hasnal Rezuan Merican telah menyampaikan sumbangan baju Hari Raya kepada warga Asnaf dan Ibu Tunggal di Teratak Rezeki Insan Budi. Antara sumbangan yang disampaikan adalah seperti Baju Kurung, Jubah dan Tudung Wanita.

Persatuan Insan Budi adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan golongan Wanita terutamanya Ibu-Ibu Tunggal. Mereka yang berdaftar sebagai ahli di sini berpeluang mengikuti pelbagai kelas kemahiran seperti Menjahit, Bakeri, Masak, Komputer dan lain-lain.

Latar belakang ahli di sini juga 80% darinya adalah daripada golongan Asnaf. Pusat ini turut menjalankan aktiviti dan program untuk anak-anak ahlinya. Kanak-kanak ini disediakan dengan kelas pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Agama dan Taekwando

[metaslider id=\”1562\”]
Scroll to Top