Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 kepada semua rakyat Malaysia
Kami mendoakan agar kita semua terus bersabar dan cekal dalam mengharungi dugaan COVID-19 ini dan sentiasa berdoa supaya keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
Peningkatan kes COVID-19 hari demi hari mengingatkan kita semua untuk terus menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga dengan terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Dikesempatan ini juga, MCCF ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada petugas-petugas barisan hadapan di atas pengorbanan yang telah dicurahkan tanpa mengira masa dan penat dalam menjalankan tugas demi memutuskan penularan wabak COVID-19.
Akhir kata, kami mendoakan keamanan negara kita dapat terus dikekalkan berserta dengan keharmonian hubungan antara kaum dan kesejahteraan kehidupan komuniti yang sentiasa berpegang pada prinsip rukun negara. Semoga dengan semangat perpaduan ini kita dapat meghadapi segala cabaran dan ujian pada tahun 2021 dengan lebih cemerlang berbanding tahun-tahun yang lalu.