Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid diatas pemergian Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 2021, jam 1.40 pagi.
Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.
Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat Negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah.